Wednesday, August 25, 2010
Salaam Alaikum.
Dah lama sangat tk update.
Alhamdulillah, akhirnya, saya dapat menjejakkan kaki saya di Bumi yang penuh dengan masyaikh, awliya' dan solehin.
Sebelum ini, saya ada niat untuk sambung belajar di Madinah.
Selepas beberapa lama menunggu, akhirnya tk dapat.
Akhirnya. Selepas mengetahui keputusan tersebut, saya membuat keputusan untuk ke Syria minggu hadapan!!!.
Dengan waktu yang amat singkat, saya serahkan segala urusan saya kepada Allah s.w.t.
Apa yang mampu, saya buat. Terkejar sana sini, itu semua harus dilakukan dalam masa yang amat singkat. Dengan tiada bekalan wang yang cukup ditangan. Segala-galanya kuserahkan kepada yang Maha Esa.
Akhirnya, dapat juga menjejakkan diri di bumi Syam yang pernah Rasulullah s.a.w mendoakan keberkatan baginya.
Tamat dikemaskini