<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2315232371313894763\x26blogName\x3dIbn+Amad+Al-Bukitpanjangi\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com/\x26vt\x3d-1876441255323356645', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, November 26, 2009

Assalaamu 'Alaikum pembaca!!!!


Dah lama dah tak kemaskini blog saya...hmmm.....

Mula-mula rasanya dah tak mampu lagi nak layan bermacam website...yelah...saya mempunyai 3 alamat emel....Yahoo,Gmail dan Hotmail.Lepas tu Akaun FB dan Friendster...sekarang dah tak buka lagi teratak Friendster...Oh ada lagi!!!...Teratak Multiply dan Twitter....pun ada juga!!...

Tapi tidak apa2....


Cuma hari ini ingin berkongsi sama....

Hari ini saya bertemu dengan seorang Jemaah masjid...agak jarang juga berjumpa.Tetapi kalau berjumpa, rancak juga perbualan.

Tetapi topik berbualan kami pada hari ini pelik sedikit....tajuk: KONTROVERSI...

Wah!!!......Mula-mula dia bertanya mengenai peperiksaan peringkat 'A' saya...saya jawablah....2 haribulan Disember adalah kertas terakhir yang akan saya duduki.Rupa-rupanya anaknya pun sama, tetapi anaknya pelajar maktab rendah.Saya pun beritahu beliau bahawa kertas yang akan saya duduki ialah kertas Usuluddin (saya sebut dalam bahasa Inggeris: Islamic Theology).

Lepas itu, dia bergurau yang anaknya pula akan mengambil peperiksaan Controversial Theology...hahaa!!...daripada situlah mula perbualan kita mengenai topik kontroversi dan Tauhid.

Dia ajak saya duduk diluar.Kami mula berbual.Mula-mula dia menceritakan pengalaman beliau di Switzerland dan beberapa negara-negara yang orang Islam disitu kadang-kadang bergaduh selepas bersolat di masjid kerana Mazhab dan dia juga ada sebut mengenai Mazhab Ja'fari dan sebagainya.

Kemudian akhirnya beliau katakan dengan saya: "Baiklah, saya tidak mahu berdolak-dalik lagi, saya akan terus straight to the point...

Dia pun mula cerita...

Semasa di Mekah, dalam menunaikan Haji/Umrah (saya tak tahu), dia duduk bersama-sama orang pelbagai bangsa...yang merah, putih dan hitam.....ketika itu mereka pun begitu juga, sedang berbual mengenai topik-topik yang kontroversi.Tiba-tiba, ada yang bertanya dia mengenai Shahadah...dia pun berkata: "Shahadah saya ialah....aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah....".Dia berhenti disitu sahaja......

Semua tercengang ketika itu......

"Mana penyaksian kau terhadap Rasulullah??......." Mereka bertanya.....

Dia pun berkata: "Aku tak menyaksikan Rasulullah kerana aku sendiri tidak nampak beliau, bukan aku sahaja, kita semua tak nampak Rasulullah!!....."..termasuk saya juga ditanya oleh dia..

"Kalau Allah,Ya!!...aku melihat segala mukjizatNya...dimana-mana serata tempat ada kekuasaan Allah....."


Kemudian, orang yang duduk di sekelilingnya mula memalingkan diri daripadanya.....

Kemudia dia ada membuat beberapa rujukan Ayat-ayat Al-Quran...

Pertama, Surah Al-Israk ayat 36-Mengenai bahawa kita akan ditanya mengenai pendengaran, penglihatan dan hati atas apa-apa yang kita kerjakan...

Kedua, Surah Al-Munaafiquun Ayat pertama- menyatakan bahawa orang Munafik yang menyaksikan Rasulullah, Allah gelar mereka sebagai PEMBOHONG....

Jadi, macam mana????...

Dia tanya saya: "Saya nak awak cari pasal perkara ini.Sekarang semua umat Islam bersaksi atas Muhammad s.a.w...kemudian, awak sendiri lihat, Allah telah mengatakan orang Munafik yang bersaksi atas Rasulullah ialah pembohong.....awak faham tak maksud saya??..."

Adakah maksudnya bahawa kita semua Umat Islam yang bersaksi atas Rasulullah adalah pembohong???.....

Pada hari yang lain, saya mungkin akan bertemu dengan dia lagi dan saya harus mencari jawapan mengenai apa yang telah di bincangkan......

SAYA PERLU BANTUAN.....

Saya harap sesiapa dapat mengemukakan apa-apa yang boleh membantu dalam menjawab soalan-soalan ini, silakan....

Tamat dikemaskini




Kata-kata hikmah

أَلاَ كُلُّ شَيْئٍ مَا خَلاَ اللهَ بَاطِلٌ

وَكُلُّ نَعِيْمٍ لاَ مَحَالَةَ زَائِلُ

Kenal-kenal

Muslim Bin Amad
19 Thn
Madrasah Wak Tanjong(2008-Present)
Madrasah Al-Irsyad(1997-2007)
Madrasah Masjid Al-Firdaus(1995-1997)

Chattie



1-2-3-4....

Free Site Counters
Berapa banyak dah...


Ayman Al-Iman on Facebook

Terima kasih keatas:

Designer : CHER
Basecode : SpeechLess