Thursday, May 28, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Apa khabar para pembaca sekalian?
Alhamdulillah,telah bermula cuti penggal kedua bagi para pelajar.Tetapi bagi saya,ia bukanlah cuti yang panjang seperti pelajar-pelajar yang lain.
Setiap hari Rabu,saya mesti hadir untuk kelas GP di Madrasah.pada hari Jumaat pula,2 minggu sekali,ada kelas tambahan GP yang dikelola oleh FMSA di Masjid Muhajirin.
Banyak sekali program yang disiapkan oleh badan-badan tertentu untuk para pelajar yang bercuti panjang seperti Teens aLIVE dan sebagainya.Saya galakkan agar para pelajar yang bercuti panjang,bukan hanya menghabiskan masa dengan keluarga,boleh juga menyertai program-program sedemikian.
Saya mungkin tak banyak masa cuti pada cuti penggal ini.Selain dari kelas,ada juga program-program sampingan yang bakal dijalankan.Pada 25 June,Nadi Furqan(sebuah kelab Al-Quran di Madrasah Wak Tanjong) akan mengadakan Discovery Race untuk para pelajar yang menyertai kelab tersebut di Pasir Ris Park.Pada 27 June pula,akan diadakan Karnival Kita-Kita anjuran Masjid Al-Iman.Selain dari itu,ada lagi kerja sekolah yang harus disiapkan.Hafalan Al-Quran,Projek Hadith dan sebagainya.
Saya harap Allah s.w.t memberi saya kekuatan untuk melakukan semua itu.Amin
Tamat dikemaskini
Tuesday, May 5, 2009
Salaam kepada para pembaca.
Ingin saya meminta maaf kerana dah lama saya tak mengemaskini blog saya.Asyik dengan Facebook sahaja.
Hari ini saya cuma ingin para pembaca mendoakan saya agar saya kembali pulih.Saya diserang gastric flu(bukan flu oink2).
Saya mendoakan agar sesiapa yang mendoakan saya sihat sentiasa dan selalu dilimpah rahmatNya.Amin
Tamat dikemaskini