<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2315232371313894763\x26blogName\x3dIbn+Amad+Al-Bukitpanjangi\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com/\x26vt\x3d-1876441255323356645', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sunday, November 30, 2008

Penat letih dan lelah.

Assalamualaikum.Walaupun saya dalam keadaan demikian,saya tetap update post.Hari ini banyak program.Lepas Subuh saya terus tidur.Jangkanya ingin bangun pada jam 12:00 tengahari.Jangkaan meleset.Mak saya kejut saya jam 7:00 pg dan beritahu saya untuk ambil laksa daripada rumah nenek di Fajar pada jam 10:00 pagi.Hai...terbantut program.Kenalah bangun jam 10:00 pagi.Dah siap,terus ke rumah nenek.

Sampai sahaja di rumah nenek(ibu kepada bapa saya) di Fajar,saya disambut oleh kakak sepupu saya(saya memanggilnya Sister).Maklong saya turut berada disitu(saya memanggilnya ibu).Kerana sudah agak lama tidak berjumpa,panjang juga celoteh hingga jam 12:00.Waktu itu hujan turun renyai-renyai.

Tup-tup dah 5:30.Harus berangkat ke Masjid Al-Falah untuk bertugas.Kalau lambat,siapalah jadi imam ye??


Jam 6:10 ptg saya tiba di Al-Falah.Terserempak Ust Irwan Hadi.Berbual sebentar.Saya terkejut kerana pada waktu itu ramai orang berada di Al-Falah.Satu perkara yang jarang berlaku.Rupa-rupanya ada Kursus Rumahtangga.Sempat saya bertemu dengan Ustaz Yusri.Kami banyak berbincang tentang isi kandungan blognya.Sebahagian isi blog beliau mendapat tentangan dari pembaca blognya.Lebih-lebih lagi tentang post beliau baru-baru ini yang bertajuk'Yoga Haram?'.Pembaca boleh klik link yang ada untuk ke Blog Ustaz Yusri.

Setelah selesai bertugas sebagai Imam.Saya cepat-cepat pulang.Tumpang Abg Naufal tapi sampai perhentian bas saja.Dah sampai rumah,cepat-cepat kemaskini blog.

Sehingga bertemu di lain masa!


Salaamun Minni Ilaikum

Tamat dikemaskini


Saturday, November 29, 2008

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,hari ini tak banyak program.Esok yg banyak.

Tadi pagi,saya menghadiri taklimat di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.Banyak juga perkara yang dibincangkan.Semuanya berkenaan keputusan PSLE Madrasah tersebut.Saya dapat lihat kesungguhan mereka,iaitu guru-guru madrasah tersebut dalam lakaran program mereka.Mereka bukan hanya melakarkan program untuk pelajar yang akan menduduki PSLE.Tetapi juga untuk para ibubapa serta guru akademik.Alhamdulillah.Walaupun mereka tidak dapat mencapai benchmark yang telah ditetapkan oleh MOE iaitu sebanyak 171 agregat,tetapi mereka bersungguh-sungguh.

Saya,adik saya dan ibu pulang jam 5:00 petang.Hai...penat sungguh,ditambah dengan pening kepala....Sampai je rumah,terbaring sekejap.

Waktu Isya' saya berada di Masjid Al-Iman.Begitulah,kalau ada masa,tenaga,pergi masjid.habis tu pulang dan kemaskini blog.Saya post petikan dari Berita Harian tentang penjelasan MUIS tentang Yoga.Saya harap ini dapat memberi penyelesaian terhadap apa yang dipertikaikan orang tentang hukum mengamalkan Yoga.

Salaamun minni Ilaikum.


Tamat dikemaskini



YOGA

MUIS: BOLEH DIAMAL UNTUK KESIHATAN
Usah libatkan ritual agama dan Muslim perlu jaga iman

SEORANG Muslim boleh mengamalkan senaman yoga jika semata-mata untuk manfaat kesihatan dan fizikal, dan beliau tidak melibatkan ritual keagamaan daripada apa yang ditetapkan agama Islam,tetapi perlu memastikan keimanannya terpelihara.

Demikian penjelasan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi satu kenyataannya semalam.

Muis menerusi kenyataannya itu merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar The Straits Times pada 9 November, yang melaporkan bahawa pemimpin Islam di sini menyatakan tiada masalah bersenam yoga asalkan tiada amalan aspek spiritual.

Menyusuli artikel tersebut, Muis menerima pertanyaan media berhubung pendiriannya tentang yoga.

'Muslim digalak berusaha memelihara kesihatan mental dan fizikal mereka pada setiap masa. Ini cukup jelas daripada ajaran Rasullulah yang menggalak umat Islam berpuasa dan makan secara sederhana.

'Muslim juga digalak mencari ketenangan emosi menerusi muhasabah, zikir, solat atau melalui cara-cara lain sejajar dengan ajaran Islam,' kata Muis dalam kenyataannya.

Dalam mengamalkan sebarang bentuk senaman mental atau fizikal, masyarakat Islam harus sentiasa mengetahui dan sedar akan segala aspek senaman itu.

Dengan berbuat demikian, mereka akan dapat lebih memahami bentukbentuk senaman tersebut, lantas membezakan antara ekspresi fizikal dan keagamaan.

'Pendekatan seperti itu harus digunakan bagi kesemua aspek kehidupan keagamaan umat Islam, yang menggalak mereka mengamalkan kepercayaan mereka dengan selesa dan yakin,' kata Muis.

Menurutnya, atas dasar itu Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa pada 1984 yang bertujuan menerangkan bahawa masyarakat Islam tidak dibenarkan mengamalkan yoga dalam bentuk yang secara jelas mengandungi elemen ritual dan kepercayaan agama lain.

Yoga menimbulkan tengkarah di Malaysia apabila majlis fatwa kebangsaan negara itu mengeluarkan fatwa bahawa yoga haram bagi penganut Islam


Tamat dikemaskini


Friday, November 28, 2008

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya semua!!!!

Ini cuma hari raya kecil kerana pada hari inilah Semua lelaki Islama akan berkumpul di masjid-masjid untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama.

Tajuk Khutbah hari ini amat menarik.Saya berada di Masjid Al-Iman ketika itu dan penyampai khutbah(Kahtib) pada waktu itu adalah Ustaz Kamal Mokhtar,bekas pelajar NUS dan telah belajar di Universiti Islam Madinah.

Topik hari ini ialah tentang Tabligh,salah satu dari empat sifat yang dimiliki oleh setiap nabi dan rasul selain dari Amanah(amanah),Fathaanah(bijaksana) dan Sidq(Jujur).

Telah disebutkan beberapa ayat sebagai dalil.Dalil yang menunjukkan bahawa setiap rasul mesti menyampaikan(mentablighkan) apa yang telah diwahyukan oleh Allah kepada mereka ada di dalam Surah Maidah ayat 67 manakala dalil yang menunjukkan bahawa perkataan yang terbaik ialah tabligh(mengajak orang kepada Allah) ada didalam Surah Fussilat ayat 33-34.

Tabligh sebaik-baiknya dilakukan terhadap keluarga sendiri seperti yang dikatakan oleh khatib dan juga telah dirumuskan oleh Ustaz Yusri dalam salah satu blognya bertajuk Tabligh.Tabligh juga bermacam bentuknya.Memberi galakan,tunjuk ajar kepada perkara-perkara yang baik seperti sedekah,khidmat dan sebagainya adalah bentuk-bentuk Tabligh.

Pada pendapat saya,akhlaq seseorang itu juga merupakan Tabligh.Apa yang ditunjukkan oleh seseorang itu secara zahir secara tidak langsung merupakan satu penyampaian.Contohnya,akhlaq Rasulullah s.a.w merupakan satu Tabligh juga.

Perkara-perkara yang baik yang boleh dicontohi juga merupakan satu Tabligh yang dilakukan.Saya beri satu contoh:Mus'ab,seorang pelajar Irsyad mendapat agregat 260 mata kerana kegigihannya.Secara tidak langsung,ini dapat memberi semangat kepada pelajar lain untuk mencontohi kegigihannya.Kepada ibubapa pula,boleh mereka mengambil contoh dari ibubapa Mus'ab yang telah mendidik anak mereka hingga berjaya.Ini juga bentuk Tabligh.

Itulah yang dapat saya pelajari dari khutbah hari ini.Anda bagaimana pula?.

Selepas khutbah,saya naik sekejap ke tingkat empat kerana saya ingin berjumpa Ustaz Kamal.Tiba-tiba,lif berhenti di tingkat satu.Orang ramai meluru masuk,ingin naik ke tingkat empat.Semuanya orang berpangkat tinggi.Kebanyakan mereka merupakan pengerusi masjid-masjid Singapura.Alamak,segannya.Setelah lif sampai ke tingakat empat,saya tak jadi keluar kerana terlalu segan.Saya terus turun ke tingkat satu.Sempat mencapai bubur ayam yang dibahagi-bahagikan secara percuma.Habis makan,saya ternampak Hj Rashid.Saya tanya dia kalau-kalau dia nampak Ust Kamal atau Haji Alias(muazzin Jumaat).Dia bilang saya Ust sudah pulang.Saya terus menuju ke besmen masjid.Tiba-tiba Ust Kamal panggil saya.Keretanya tidak dapat keluar kerana dihadang oleh lima kereta,dua didepan keretanya dan tiga disebelah kanan keretanya.Sebelah kiri tembok.Hj Alias pula sedang berbual dengan orang lain.Akhirnya,saya,Ust Kamal dan Hj Alias memutuskan untuk naik ke tingkat empat untuk sama-sama dengan VIP,MAKAN!!.

Sampai di bilik mesyuarat di tingkat empat,Ust Kamal terus masuk.Hj Alias tk masuk.Dia beritahu saya dia tidak dapat turut serta.Entah apa sebabnya.Tiba-tiba dia tanya saya kalau ada makanan baki di atas meja.Saya hendap.Tak ada pun.Tiba2 nampak Ust Kamal sedang menyenduk nasi di satu sudut yang jauh.Saya beritahu hj Alias ada lagi makanan.Saya dan Hj Alias pun masuklah.Apa lagi,santaplah Briyani.

Sampai rumah,saya rehat dan keluar lagi.Kali ini nak ke Al-Falah,macam biasa,ada tugas.Tapi melencong sekejap pergi rumah Ramdhan.Nak Ziarah.

Sampai rumah Ramdhan,saya pun duduk,bertanyakan khabar ibunya yang saya dah lama tak jumpa dia semenjak dia duduk di Woodlands,sekarang pindah balik Bukit Panjang.Blok yang sama.

Ramdhan punya hal pulak minta saya ajarkan bagaimana nak cipta blog.Kerana saya telah mempelajari sedikit tentang ilmu ini.Saya pun bantu.Bantu punya bantu,jam menunjukkan 5:30 ptg(dah solat Asar tau!).Saya terpaksa minta diri ingin ke Al-Falah.Takut tterlambat pula.Sebelum pergi,Ramdhan menitipkan saya e-melnya dan kata laluan agar saya dapat sambung terus kerja yang saya perlu lakukan kepada blog barunya itu.

Balik Al-Falah,saya telefon nenek Mahani(ibu kepada bapa saya).Dia minta saya bacakan doa selamat selepas Solat Hari Raya Haji.Saya tolak permintaannya kerana saya ada tugas pada hari tersebut.Saya kata lepas Zohor saya tidak ada apa-apa halangan.Jadi,lepas zohor pada hari raya Haji,saya akan membacakan doa selamat dirumah nenek saya.

Dah berbual,terus menghadap komputer dan buka Blog Ramdhan.Ada masalah.Saya tidak dapat membuka www.cbox.ws.Dia inginkan message box.Sudah berkali-kali cuba tetapi gagal.Akhirnya saya memutuskan untuk mengemaskini blog saya.

Itu sahaja pada hari ini,saya harap apa yang telah saya bincangkan mengenai Tabligh dapat memberi manfaat kepada para pembaca,walaupun sedikit.

Wassalam

Tamat dikemaskini


Thursday, November 27, 2008

27 November.....

Apa khabar semua...??
Hari ni saya tak banyak program.Lepas Subuh saya tidur sampai sebelum Zohor.Dah lepas Zohor siap2 untuk pergi mengajar Al-Quran.Alhamdulillah,dah dapat sesuaikan diri dengan masa dan keadaan murid yang saya ajar.Tak banyak celoteh.

Lepas mengajar,Singgah Masjid Al-Iman untuk menunaikan Solat Asar.Lepas tu balik cepat2 sebab dah lapar.Keluar rumah tadi belum makan satu benda pun.Sampai rumah lalu rehat.Dalam pukul 6:30 baru makan sebab sebelum tu takde selera nak makan oi!.

Maghrib dan Isya' saya dirumah sahaja.Lepas Isya',saya bertolak ke Masjid Al-iman untuk menghadiri mesyuarat belia masjid tersebut.Mesyuarat untuk melakarkan program untuk belia Al-Iman untuk bulan Disember.

Tahun hadapan,saya mungkin tidak menjadi Exco Belia Al-Iman.Jadi alumni sahaja.

Apapun,hasil mesyuarat tadi,saya diberi tugas untuk menjaga urusan makan dan minum bagi program yang akan datang,Amazing Race.Insya Allah akan berlangsung pada cuti umum Hari Natal(Christmas).Mesyuarat tamat jam 10:50 mlm

Sebelum sampai rumah,singgah kedai beli air sebotol dua.Mak nak minum.Samapi rumah cepat2 kemaskini blog agar tak telajak sampai jam 12(nanti tukar tarikh!!!).

Lagi satu,lawa tak blogskin saya??Sila beri komen.

Wassalam.

Tamat dikemaskini


Wednesday, November 26, 2008

Bangun pagi kuterus mandi,
Tidak lupa menggosok gigi.
Lepas mandi kutolong ibu,
membersihkan tempat tidurku.(+pergi pasar)


Pagi2 buta macam biasa.Bangun,solat lepas tu tidur balik.Tiba-tiba bangun,dah 10:30 pagi.Mak dah bising suruh pergi pasar Sheng Siong.Alahai,kalau nak ikutkan hati,nak sambung buat tahi mata.Tapi apakan daya,sebab mak nak pergi mengurut seseorang pada waktu tengahari,saya harus ke pasar.

Macam2 nak beli kalau dah sampai di pasar.Tapi,saya sekadar beli apa yang disuruh.Mak saya tadi pagi nak masak ayam lemak cili padi.Sampai rumah dengan barang pasar yang berat tak seberapa tapi rasa macam 1 paun,kelam-kabut siap nak pergi Masjid Sultan.Abg Shahrizal panggil.

Rupanya,saya dapat hadiah dari beliau berupa wang tunai sebanyak $xxxxxxxxxxxxx(jumlah x tak menunjukkan berapa banyak saya dapat.Itu rahsia).Lepas tu,sentuh sebentar tentang keadaan remaja yang aktif di Masjid Sultan.Lama juga berceloteh sampai azan Zohor berkumandang.Bnayak perkara juga disentuh tentang kegiatan remaja.Yanag menarik perhatian saya ialah dalam bab pengongsian.Katanya,Di Thailand,remaja Islam mempunyai banyak ilmu tetapi tidak mempunyai banyak skill atau kemahiran.Di sini,remaja Islam banyak kemahiran tetapi kurang ilmu.Kalau remaja Singapura dapat lakarkan program untuk remaja di Thailand,banyak juga remaja Singapura dapat manfaat dari mereka yang banyak ilmu.Suatu tugas yang amat mencabar bagi para remaja Islam Singapura untuk menlakukannya.


Dah habis berbual,terus saya cabut pergi Choa Chu Kang,nak pergi mengajar Quran.Takut lambat,saya tahan teksi.Alhamdulillah,selamat sampai.

Dah mengajar,saya terus pergi ke Al-Khair untuk menunaikan solat Asar berjemaah.Lepas tu balik,nak rasa lauk lemak cili padi yang mak saya masak.....sebentar tadi.

Maghrib dan Isya',saya berada di Al-Iman.Jumpa banyak karkun,sebahagian mereka pergi ziarah orang tertentu.Saya duduk dengar syarahan je.Lepas Maghrib, Ustaz Kamal Mokhtar bersyarah diikuti pula dengan Syarahan Ibadah Sempurna oleh Ustaz Noor Tijany.Lepas Isya' saya terus balik,dah penat.

Sampai rumah,saya rehat sebentar kemudian kemaskini blog.Alhamdulillah.Selamat malam semua!!

Assalamualaikum.

Tamat dikemaskini












Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar semua?

Hari ini(25 November) hari yang tak banyak cerita,mungkin pada waktu malam sahaja.
Macam biasa,pagi-pagi dah bangun.Solat Subuh dan tak keluar kemana-mana.Tidur lagi.
Dalam jam 7 lebih,saya tidur balik.Set alarm pukul 10:00 pagi.Dah siap2 nak pergi mengajar Quran.sempat saya telefon Cikgu Zulkifli,sebab saya dapat panggilan tak terjawab dari Cikgu.Dah lama tak berjumpa,sembang lama juga.

Mula ajar jam 11.00.Habis dalam 5 minit sebelum Zohor.Kerana rumah orang yang saya pergi mengajar tu tak jauh daripada Masjid Al-Khair,apabila saya keluar rumah,azan dari masjid tersebut dapat didengar,walaupun tidak begitu jelas.Alhamdulillah,saya ajak murid saya sekali.

Tiba di masjid,saya meluru ke tempat wudhu.Takut tak sempat nak sertai jemaah.Dah ambil wudhu,saya terus meluru ke sebelah kiri kawasan iktikaf masjid sebelah kiri unutk solat tapi tak jadi sebab ada jenazah disitu.Lepas solat dan wirid,Imam masjid mula mengimami solat Jenazah.Inilah peluang yang datang sekali-sekala dan kalau ada peluang ni,Rebutlah !!

Selesai sahaja solat jenazah,dapat panggilan dari Abg Nor,kawan bapa saya.Dia minta saya agar hadir di Masjid Al-Iman untuk tahlil.Ibu bagi sepupu kawannya telah meninggal dunia dan saya diberitahu yang anak arwah ni tinggal di daerah saya.Lepas saya berbual dengan Abg Nor,En.Khalil,Ahli Tabligh(dikenali dengan istilah Karkun) tanya saya kalau saya nak ikut dia ke Sheng Siong di Ten Mile Junction sebab rumah saya berdekatan dengan tempat tersebut.Seleas bersalaman dengan murid saya,saya pun ikut En.Khalil.

Sampai je rumah,rehat sebentar,lepas itu tolong mak masak sambal.Tolong gaul je..hehe.Tup-tup dah 3:40 ptg,apalagi,kelam kabut siap-siap untuk keluar solat asar di Masjid Al-iman.

Sampai masjid je,dah azan.Angkat wudhu' lepas tu,tunggu waktu solat yang akan bermula.
Dah solat,saya keelakang sekejap,check hp.Tiba2 nampak noja siapkan makan.Agaknya makan untuk tahlillah tu.Saya pun jumpa En Abul Hasan,orang yang Abg Nor suruh saya cari selepas solat asar,kerana ibu bagi sepupunya yang meninggal dunia.Dia pun panggil sepupunya.Tiba2 sepupunya tu tanya khabar saya dan kemudian sebut nama saya.Aik,dia kenal nama saya??.Rupanya itu adalah adik kepada pakcik saya dan pakcik saya ini merupakan adik ipar bapa saya.Mungkin kerana wajahnya yang sudah berubah.Saya cuba mengagak namanya dan ternyata sangkaan saya tepat.Serkap jarang je....Sesudah tu saya ambil alamatnya.Boleh juga saya berkunjung ke rumahnya yang amat dekat dengan blok rumah saya.

Selepas bersembang dengan En.Abul Hasan seorang karkun di Darussalam,Say terus ke Al-Falah.Dalam perjalanan,terserempak Nurhidayah,kerani Al-Iman.berceloteh sampai bas 190 sampai.

sampai sahaja di Al-falah,jumpa Pak Yahya.Dia beri saya duit Habuan bagi amil yang mesti saya terima.Alhamdulillah,dapat belanja untuk keluarga sikit.Nak dekat waktu Maghrib ni.terserempak Syahidah Amran,juga dikenali sebagai Shasha,pakai baju merah silat.Pangkat tinggi agaknya.Lain semua hitam.Hari selasa memang begitu,ada kelas latihan silat.

Selepas Maghrib,saya jumpa Abg Atiq yang juga bersolat di situ.Apa lagi,berbual panjanglah.Ada topik yang menarik dia sentuh,tentang belajar diluar negara.

Apa yang Abg Atiq nasihat saya:Muslim,belajar betul-betul tahun depan.Nak pergi negeri di Timur Tengah mesti ada sijil pre-u di Madrasah,syahaadah 'Aaliyah.Muslim,beri nasihat kepada pelajar Irsyad akan datang yang ingin sambung belajar di Timur Tengah,lebih-lebih lagi Universiti Al-Azhar El-Shariff atau Universiti Islam Madinah untuk sambung pelajaran mereka di Madrasah Wak Tanjong atau Al-Junied.Jangan jejak Malaysia.Abang tak nafikan yang Universiti yang abang masuk ni boleh memupuk bakat kepeimpinan dan sebagainya tetapi kalau yang nak ke universiti Timur Tengah yang tadi abang dah cakap tu,jangan pergi sambung pelajaran di Malaysia.Nasib Abang tak baik.Kalau abang apply pun dengan sijil Diploma yang abang ada,belum tentu abang boleh dapat.Klau dapat pun masuk tahun 1.Ini sebab Malaysia dah tidak ada Link atau Mu'aadalah dengan Azhar.


saya betul-betul berterimakasih dengan Abg Atiq.Dia akan menjawab panggilan Perkhidmatan Negara tidak lama lagi.Terima kasih Abg Atiq.Bagi pembaca dikalangan pelajar Menengah 5 2008 di Irsyad dan pelajar lain.Fikirlah sebelum sambung pelajaran anda di Malaysia jika anda ingin lanjutkan pelajaran di Timur Tengah kelak.Fikirkan........

Tamat dikemaskini


Saturday, November 15, 2008

Apa khabar semua??

Sihat??

dah lama tak update blog.....banyak juga nak diceritakan.

Semalam,14 November,tak ke sekolah sebab sakit.
Hari itu sepatutnya kena hadir kerana itulah hari dimana akan diketahui sama ada saya akan naik Pra-U 2 atau tidak.

Jadi,dalam pukul tiga gitu,saya telefon Jafni,tanya dia tentang keputusan saya.Alhamdulillah,dapat naik ke Pra-U 2.Susah juga peperiksaan yang telah saya lalui kalau hendak dibandingkan zaman-zaman di Irsyad.

Dalam pukul empat setengah,sempat juga chat dengan Ustaz Alaina.Saya beritahu Ustaz yang saya dapat naik kelas.Beliau beritahu bahawa beliau ada pertandingan bola sepak,dengan Madrasah Arabiah.Disebabkan saya taknak persiapannya untuk bermain bola sepak,saya lekas-lekas habiskan chatting.

Macam biasa,setiap Jumaat,saya akan ke Masjid Al-Falah untuk bertugas sebagai seorang Muazzin pada waktu Maghrib dan Isya'.Perjalanan taklah jauh sangat,satu bas sahaja,190.

Sekarang,waktu Maghrib pun dah awal,sebelum jam 7 malam,jadi,kenalah keluar awal sikit,5:30 ptg gitu.Tapi tadi keluar awal sikit,jam 5:00.

Sampai sahaja di pintu masjid,saya dijemput dengan wangian yang datang dari kedai kecil minyak wangi yang terletak betul2 sebelah pintu utama masjid.Dahulu yang jaga orang lain,sekarang orang lain pula.Sempat juga menyapa Bai karipap yang tengah duduk tunngu pelanggan di tempat duduk yang berjauhan sedikit dari pintu masjid.Tak sempat nak singgah.

Masuk je masjid,nampak Ustaz Yusri tengah berbual dengan orang.Biasalah,kalau ada je Ustaz,ramai orang serbu nak tanya tulah,nak tanya nilah.Apatah lagi kalau Ustaz tu seorang kaunselor,lagilah orang serbu.dahlah kaunselor,Naib Kadi lagi.Hmm..betapa beratnya tanggungjawab dia.

Masuk sekejap office Al-Falah.Pak Yahya(CEO masjid),Abg Yazid(tak pernah tau apa pangkat dia),Ustaz Yusri(Imam Eksekutif masjid,Naib Kadi Singapura) dan Ustaz Yousef(Youth Developement Officer) semua tengah buat kerja sendiri.Setelah bersalaman dengan mereka semua,saya pun mula dikacau oleh mereka,yalah,kerana saya dah jadi Muazin Muda,asyik kena perli sahaja,lagi2 bab masjid2 ni.Mereka beritahu saya yang semasa mereka menyertai program apa entah,mereka nampak muka saya.Mereka beritahu yang saya promote Al-Iman.Yalah,dah masjid tu dekat dengan rumah saya,mestilah promote!.

Dah penat mereka goreng saya,pak Yahya panggil saya.Macam biasa juga,tentang kutipan derma.Saya juga ditugaskan untuk mengutip derma semasa kelas Ustaz Saripi yang berlangsung setiap Jumaat.Lepas tu dia hulur dua keping karipap Bai.

Dengan karipap di tangan dan ditemani Ustaz Yousef,saya bersantap dengan beliau di Pantry masjid yang terletak dibelakang masjid.

Makan punya makan,dah nak masuk waktu Maghrib.Ambil wudhu kemudian bersiap sedia unutk melaungkan azan.

Tup-tup dah habis solat isya'.Saya lari selepas habis solat sebab dah tak tahan nak terbuang,mungkin disebabkan cili karipap yang pedas.

Macam biasa juga,tunggu orang habis solat kemudian tutup masjid lepas tu balik dengan Hj Shamsuddin Bin Ali,dikenali dengan Pak Din yang merupakan teman lama arwah datuk saya.

Samapi rumah,relax sekejap,Buka Komputer dan kemaskinikan blog.

Tamat dikemaskini




Kata-kata hikmah

أَلاَ كُلُّ شَيْئٍ مَا خَلاَ اللهَ بَاطِلٌ

وَكُلُّ نَعِيْمٍ لاَ مَحَالَةَ زَائِلُ

Kenal-kenal

Muslim Bin Amad
19 Thn
Madrasah Wak Tanjong(2008-Present)
Madrasah Al-Irsyad(1997-2007)
Madrasah Masjid Al-Firdaus(1995-1997)

Chattie



1-2-3-4....

Free Site Counters
Berapa banyak dah...


Ayman Al-Iman on Facebook

Terima kasih keatas:

Designer : CHER
Basecode : SpeechLess