<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2315232371313894763\x26blogName\x3dIbn+Amad+Al-Bukitpanjangi\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com/\x26vt\x3d-1876441255323356645', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, December 9, 2008

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Pertama dan utama saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adh-ha.Taqabbalallahu minkum.

Dah lama saya tak update post.Maklumlah,sibuk dengan persiapan Hari Raya(tapi tak jaga kambing).Saya dapat tahu ada yang jaga kambing sampai tak tidur.Yelah,kali ini kambing yang ditempah dari Australia sampai pada hari Jumaat,5 Dis 2008.Alhamdulillah,sampai awal.Taklah seperti beberapa tahun lalu,tengah malam baru mula sembelih.

Kita mula dengan cerita pada hari Ahad.

Waktu Subuh saya ke Masjid Al-Iman.Biasanya ada ceramah.Kali ini oleh Yang berbahagia Al-Faadhil Ustaz Roslan Aman,seorang ustaz dari Madrasah Al-Junied.Banyak benda yang dikupas.kerana angin bertiup dari belakang masjid,yang mana kambing ditempatkan,baunya yang menusuk hidung masuk dalam kawasan iktikaf masjid sampai Ustaz pun tegur dalam ceramahnya.."hmm...sedapnya bau..".Biasalah,beginilah cara asatizah ingin menghidupkan ceramah mereka supaya tidak terasa bosan para jemaah mendengarnya.

Kerana terlalu ghairah,saya sampai Masjid Al-Falah sebelum Zohor.Pak Imam sedang berehat didalam biliknya.Oklah,tak nak ganggu,saya pun rehat sampai waktu Zohor.Dah solat,sambung rehat.Hari Sabtu,saya tidur satu jam sahaja.Jadi,saya penat sangat.

Tiba-tiba,saya tersentak bangun.Saya terus keluar dari bilik.Ya Allah,dah jam 5:00 petang?!.Saya tanya Wak Rapsan(penjaga kedai Al-Falah) mengapa tak kejut.Dia cakap dia dah kejut saya tapi tak bangun.Tidur mati.Agaknya mungkin saya terlalu penat,saya tidur sampai azan En.Saifuddeen Maidin pun saya tak dengar.Saya terus cepat2 ambil wudhu lalu solat.

Tak sabar-sabar tunggu waktu Maghrib kerana nak bertakbir.Saya difahamkan ada tiga pendapat dalam bertakbir ni.Pendapat pertama mengatakan bahawa apabila masuk hari Wuquf(hari Ahad tahun ini),Waktu Zohor sudah boleh mula.Pendapat kedua mengatakan Waktu Asar.Pendapat ketiga pula mengatakan apabila masuk Waktu Maghrib,iaitu Hari Raya Haji,baru boleh bertakbir.Saya lebih sesuai pendapat ketiga.

Lepas Solat Asar,saya terima mesej dari beberapa orang mengatakan bahawa mereka mendapat Informasi bahawa waktu Wuquf di Arafah bermula jam 5:13 ptg hingga 10:18 mlm.

Lepas Isya',saya terus buat apa yang patut dilakukan lalu pulang dengan pak bilal,Naufal,Anak murid Ust Fahrorazi Kiyai Kassim,naik motor tapi sampai perhentian bas di Raffles Town Club.Dalam perjalanan kesana,kami sama-sama bertakbir.Inilah namanya menghidupkan malam Aidil Adh-ha dengan bertakbir.Sampai rumah,saya terus siap-siap untuk tidur.Nak bangun awal esok(Isnin).

Hari Isnin

Hari Isnin telah tiba.Alhamdulillah,Allah s.w.t masih memberi saya hidup hingga ke hari yang penuh barakah dan kesucian ini.Solat subh dirumah bersama kerana hari hujan,tak dapat pergi ke masjid.Lepas Solat,bapa saya na sambung tidur.Dia kata nak pergi masjid jam 7:15 pagi.Saya tak boleh ikut dia.Saya cakap kalau kita pergi lambat,alamatnya kita kenalah duduk tingkat empat atau tiga.Saya lebih suka duduk di Saf belakang imam.Oklah,saya pergi sendiri nampaknya.Jam 6:30 saya berangkat ke Masjid Al-Iman.

Sampai di masjid,saya lihat sekeliling masjid.Agak ramai jemaah sudah sampai,takbir pun sudah lama berkumandang di corong pembesar suara masjid.Takbir pertama saya dengar pagi itu di masjid ialah daripada suara Haji Tap,seorang Muazzin veteran masjid tersebut.Lepas Solat Tahiyyatil Masjid,saya terus kehadapan,duduk diantara Haji Ibrahim,Seorang lagi Muazzin veteran dan Ustaz Smarn Harpit,juga dikenali sebagai Ust Osman,seorang Imam veteran.

Apabila saya duduk je,saya kena takbir.Lepas dua hingga tiga kali mikrofon tu lalu depan saya,Hj Ibrahim beritahu saya yang saya adalah bilal hari raya.Hah?!,setahu saya,saya cuma on standby sahaja,hj Rashid sepatutnya yang jadi kerana saya telah memberinya buku panduan.Ok,saya terus tenangkan diri.Saya dah hafal bacaan-bacaan yang ada di buku panduan tu.Relaks.


Takbir punya takbir,waktu solat sudah tiba.Saya tak nampak Hj.Paiman Supangat,Pengerusi Masjid,yang selalu berada di saf hadapan apabila tiba Hari Raya.Difahamkan dia ke negeri Timur Tengah,tak tau mana satu.Mungkin ke Yaman.Untuk pengetahuan semua dia adalah pengerusi bagi RLA, Rahmatan lil-alamin.

Apabila solat hampir habis,dada saya mula berdebar-debar keran sebentar lagi saya akan mengahadapi ribuan jemaah yang hadir untuk solat Idil Adh-ha.Tenang,tenang........saya cakap pada diri saya.Saya terus membanyakkan Istighfar agar tidak gemuruh dan tidak timbul sifat riyak.Astaghfirullah Wa atuubu Ilaik.

Alhamdulillah,semua berjalan dengan lancar,tidak ada gangguan.Cuma saya tercepat sedikit.Sepatutnya mebaca doa selepas khatib(Ust Syakir Pasuni Maulan) memberi salam.Saya terbaca doa itu sebelum imam memberi salam.Kasihan Ustazku sorang ni......

Tugas saya pada hari tersebut,semalam,mudah sahaja,takbir dan pengumuman bersama Haji Tap,Ustaz Smarn dan Abdul Martin,anak saudara Hanafie Warren,penyanyi rock terkenal.

Saya teringat lagi saat-saat kambing terakhir akan disembelih.Semuanya sedang menunggu kedatangan pemilik kambing.Saya ingat lagi namanya.Tapi maaf,tak boleh sebut disini.Apabila kambing terakhir disembelih,semuanuya bertakbir ramai-ramai.

Saya masih ingat penyembelih sukarelawan kita iaitu Hj.Ibrahim,Ust Syakir,Hj Rahman,Hj Zainol Warren dan Hj.Hamzah.kesemuanya adalah daripada team Imam dan Muazzin Masjid Al-Iman.Termasuk juga tukang takbir dan pengumum nama peserta.

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar,tidak ada kegenjotan.Peserta semuanya memberi kerjasama.Macam2 kerenah peserta.Ada yang nak ambil gambar dengan kambing dan sebagainya.Tak kurang juga yang ingin menyembelih sendiri.Ditemani penyembelih yang berpengalaman,para peserta yang ingin meyembelih kambing itu sendiri akan diterangkan cara-cara menyembelih dengan betul.

Walaupun bau menusuk hidung,saya tetap berada di tempat say.Sekejap2 pakai minyak angin(kali ini buka minyak kapak!) sebab tak tahan baunya.:-).Kambing terakhir disembelih pada jam 3:45 petang.Lambat juga tu.....

Balik rumah saya terus lepak,penat sungguh.

Saya harap para pembaca dapat manfaat daripada pembacaan khutbah yang teksnya telah saya lampirkan di post sebelumnya.

Wassalaam.




Tamat dikemaskini




Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah AidilAdha
8 Disember 2008 / 10 Zulhijjah 1429
Pengorbanan Membuka Pintu-Pintu Kecemerlangan

Saudaraku yang dirahmati Allah sekalian,
Pada pagi yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita memperbaharui keimanan dengan mempertingkatkan taqwa kepada Tuhan yang Maha Esa dan melahirkan kesyukuran kepadaNya. Marilah kita saling berpesan sesama kita untuk menjadi hamba-hamba yang mulia di sisi Allah s.w.t. Kemuliaan yang terhasil dengan berusaha gigih melaksanakan segala perintah Allah dan bersabar menjauhi semua laranganNya.

Saudaraku,
Pagi inilah di antara masa termulia untuk kita melaungkan takbir memuji kebesaran dan keesaan Allah s.w.t. Ia mengingatkan kita erti kehidupan ini sebenarnya. Bahawa kita harus sentiasa merendah diri di hadapan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Pada saat ini, saudara-mara dan sahabat handai kita yang berada di tanah suci juga sedang berjuang menegakkan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat Haji. Perjuangan mereka melibatkan pengorbanan tenaga, masa, harta dan meninggalkan keluarga dan sanak saudara semata-mata untuk Allah s.w.t. Sama-samalah kita doakan semoga setiap yang pergi akan dikurniakan haji yang mabrur, yang mana pahalanya tidak ada lain kecuali syurga.

Saudara sekalian,
Setiap kali Eidul Adha menjelang, kita mengingat kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimas salaam. Namun, apakah erti pengorbanan? Apakah matlamatnya?

Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah al-Hajj ayat 37 yang menerangkan:
Yang bermaksud ”Daging dan darah binatang korban itu bukanlah yang sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas dari taqwa kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu mengagungkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”

Jelas daripada ayat ini bahawa taqwa dan keikhlasan di dalam melakukan ibadah korban itulah ia nilai dan maksud pengorbanan kita. Pengorbanan lahir dari keikhlasan seseorang, serta jiwa yang dipenuhi cinta kepada Allah dan RasulNya .

Pengorbanan bererti kesediaan kita untuk meninggalkan sesuatu kerana tujuan yang lebih utama dan mulia. Jika anda menunaikan ibadah haji, maka anda berkorban, kerana bersedia menjalani kesusahan dan keperitan perjalanan, meninggalkan kesenangan hidup di tanahair, demi mencari keredhaan Allah s.w.t. Jika anda bekerja mencari rezki yang halal, sehingga penat dan letih, demi memberi makanan dan didikan yang baik bagi keluarga dan anak-anak, maka anda berkorban. Jika anda sanggup melepaskan peluang membeli sesuatu yang mewah atau mahal, dan sebaliknya menggunakan kemampuan anda untuk membantu orang yang lebih memerlukan, maka anda telah berkorban.

Saudaraku,

Maka tidak ada masa yang lebih sesuai untuk kita bincangkan maksud pengorbanan selain masa kini, di mana dunia kini berdepan dengan pelbagai cabaran. Cabaran keselamatan dan keamanan, cabaran ekonomi dan kewangan, cabaran akidah dan keimanan. Semua jenis cabaran ini pasti menyedarkan kita erti pengorbanan di dalam kehidupan.

Dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, pengorbanan bererti kita perlu membuat perubahan dan penyesuaian kepada kehidupan kita. Pasti perubahan bukan suatu yang selesa. Perubahan bukan suatu yang kita senangi. Namun, ia diperlukan demi menghadapi cabaran dengan baik lagi efektif. Inilah pengorbanan kita, demi menuju kehidupan yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Saudaraku,
Langkah pertama kita adalah untuk bersikap positif di dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Sikap positif membantu kita untuk mencari perkara-perkara baik disebalik setiap cabaran atau kesusahan. Di sebalik setiap cabaran dan masalah adalah pelbagai peluang untuk dimanfaatkan.

Kedua: Kita juga perlu terus berusaha dan berfikir untuk mencari huraian yang akan mengeluarkan kita daripada kesempitan lantas mengatasi cabaran itu dengan berkesan.

Ketiga: Selain mempunyai sikap positif dan berusaha, kita juga perlu yakin dengan bantuan Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. adalah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dialah yang memberi sesuatu ujian dan Dialah yang mampu memberi kita petunjuk kepada jalan keluarnya.

Marilah kita imbas kembali kisah pengorbanan Saidatina Siti Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s. di dalam usahanya untuk menyelamatkan anaknya yang kehausan. Dengan penuh kesungguhan, beliau berusaha tanpa lelah berlari dan mendaki . Sepanjang itu, beliau tidak lupa akan Allah s.w.t. dan meminta bantuan serta pertolongannya. Walaupun pada mulanya beliau tidak memperolehi air yang dicari, beliau tetap meneruskan usahanya. Akhirnya, berkat kegigihan dan kemantapan jiwa yang dimiliki oleh Saiyidatina Siti Hajar, Allah mengurniakan apa yang dicarinya.

Sikap positif Siti Hajar mendorong beliau untuk meneruskan usahanya tanpa lelah. Berkat kegigihan dan keyakinannya, Allah s.w.t. telah membalas pengorbanannya dengan pancuran air Zam Zam yang dikekalkan sehingga hari ini untuk dimanfaatkan oleh jutaan manusia. Siti Hajar terus meminta bantuan Allah s.w.t. dan tidak berputus asa denganNya.

Ini merupakan pelajaran yang begitu penting sekali bagi kita di dalam berdepan dengan sesuatu dugaan. Kekalkan sikap positif dan tingkatkan keyakinan kita pada Allah s.w.t. Usahakan supaya kita dapat meraih manfaat di dalam melalui kepayahan dan menjalani pengorbanan.

Sekarang ini, di dalam suasana ekonomi muram, mungkin pekerjaan kita terjejas. Contohnya, kita tidak berpeluang mencari rezki tambahan melalui kerja “overtime” contohnya. Namun, jangan kita duduk muram dan sedih. Sebaliknya, kita harus bersikap positif, dan melihat kebaikan di sebalik cabaran yang ada. Kita sebenarnya boleh memanfaatkan kelapangan tersebut untuk pelbagai faedah yang lain, yang mungkin kita kurang berpeluang sebelum ini kerana kesibukan bekerja siang dan malam. Contohnya, mempertingkatkan ibadah, mempelajari ilmu seperti membaca dan memahami Al-Quran. Ketahuilah wahai Muslimin dan Muslimat sekalian, bahawa dalam setiap kesusahan yang timbul, akan datang bersamanya kesenangan sesudah itu. Ini adalah janji Allah s.w.t. di dalam firmanNya:

Yang bermaksud: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
[Surah Al-Insyirah ayat 5 hingga 8]

Saudaraku,

Walaupun zahirnya kita menghadapi kesusahan, tetapi kita juga mampu merubahnya menjadi kebaikan. Masa bekerja berkurangan, tetapi rebutlah peluang ini untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Perkukuhkan hubungan bersama orang-orang yang tersayang dalam hidup kita. Ia boleh dilakukan dengan beriadah bersama dan melakukan aktiviti bermanfaat sesama keluarga. Usaha kecil ini akan mengekalkan kesepaduan di dalam institusi keluarga anda dan meningkatkan persefahaman dan mengukuhkan kasih dan sayang.

Dalam suasana kegawatan ekonomi, wang juga biasanya menjadi antara sebab perbalahan yang berlaku di dalam sebuah keluarga. Maka adalah baik untuk kita lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Kita perlu mendidik ahli keluarga kita agar lebih berhemat dan berjimat. Tanamkan di dalam diri mereka mereka erti pengorbanan dengan mengurangkan kemewahan. Mengurangkan dan meninggalkan kemewahan juga merupakan satu bentuk pengorbanan agar kita dapat meningkatkan sikap disiplin di dalam diri.

Umat Islam perlu bijak merancang dan bersedia untuk segala kemungkinan. Contoh bagaimana untuk berjimat jelas terpapar di dalam nasihat Nabi Yusuf a.s. Tatkala Raja Mesir bermimpi tujuh lembu yang kurus memakan lembu yang gemuk, dan tujuh tangkai gandum yang hijau, dan tujuh tangkai lain yang kering. Beliau lalu menanyakan tafsirannya kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf dengan hikmah yang dikurniakan Allah s.w.t. memberikan nasihat sepertimana yang dirakamkan di dalam Surah Yusuf ayat 47-49:
Yang bermaksud:
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Saudaraku,
Di sebalik pengorbanan perasaan dan kemewahan, kita dapat menyemai sikap-sikap yang positif dan penting di dalam membina jati diri dan daya tahan yang tinggi. Didiklah ahli keluarga kita untuk memiliki sifat syukur terhadap segala nikmat yang dikurniakan. Berikan mereka kesedaran terhadap kesusahan yang lebih berat yang dialami oleh orang lain di dalam masyarakat. Asuhan dan didikan seperti ini harus menjadi sebahagian daripada nilai keluarga kita.

Ternyata dari setiap pengorbanan, samada dalam bentuk masa, wang, perasaan mahupun usaha, kita sebenarnya boleh meraih pelbagai faedah seperti peningkatan rohani, hubungan keluarga yang lebih kukuh dan juga kesedaran tentang cabaran sosial dalam negara.

Saudaraku,
Di dalam keadaan pasaran kerja yang semakin mengecil kita juga perlu pertingkatkan ilmu dan kemahiran. Ilmu yang selalu dipertingkatkan hanya akan membawa kebaikan pada sesiapa sahaja, selagi mana pencarian ilmu dipandu dengan nilai-nilai terpuji yang diajarkan Islam. Contohnya, para majikan tentunya akan menghitung kemampuan kita untuk berkerja berdasarkan kelulusan dan kemahiran kita. Pekerja yang rajin menimba ilmu dan kemahiran baru dengan sering menghadiri kursus-kursus peningkatan diri dan sebagainya, akan meraih kepercayaan para majikan mereka.

Begitulah kepentingan ilmu di dalam kehidupan. Disamping bekerja setiap hari, hendaklah kita juga mempunyai cita-cita untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan. Kepentingan ilmu jelas terpapar di dalam Al-Quran apabila ilmu disebutkan di dalam Al-Quran sebanyak 865 kali.

Sebagai seorang Muslim, kita percaya bahawa setiap langkah dan usaha dalam pembangunan ilmu merupakan satu ibadah. Dengan menuntut ilmu, Allah s.w.t. juga akan memudahkan perjalanannya menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Pesan Baginda Rasulullah s.a.w.:Barangsiapa yang mencari satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Saudaraku,
Ketahuilah bahawa pengorbanan demi pengorbanan mungkin diperlukan pada tahun yang mendatang, namun dengan jati diri yang kuat, dibekalkan ilmu yang mantap dan keimanan yang kukuh, insyaAllah, setiap cabaran akan diharungi dengan kesabaran yang akan membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Semoga dengan cabaran dan ujian yang mendatang, umat Islam akan semakin kukuh keimanan dan kepercayaannya kepada Allah s.w.t., semakin berkemahiran dan berilmu serta bersedia untuk menempuhi kehidupan di dunia dan mencapai kebahagiaan abadi di akhirat kelak, amin Ya Rabbal `Alamin.


Tamat dikemaskini


Friday, December 5, 2008

Bersedia....

Hari ini saya rasa macam lain sikit,tak seperti hari-hari lain.Entah,saya pun tak tahu.Mungkin sebab Hari Raya Idul Adh-ha yang akan tiba tak berapa lama lagi.

Lepas Solat Jumaat,saya kelam-kabut mencari Hj.Rashid kerana ingin menyerahkan sesuatu kepadanya.I.Allah,Bilal Hari Raya Idul Adh-ha di Masjid Al-Iman ialah Hj.Rashid.Saya on standby sahaja.

Dah sampai Lrt dengan membawa barang yang dibeli daripada Shop & Save,terserempak Hj.Rashid.Dia tengah berbual dengan Jason(Ibrahim),seorang warga Amerika yang bekerja disini.Disebabkan saya dan Ibrahim akan menaiki LRT yang sama,Ibrahim cepat-cepat menamatkan perbualannya dengan Hj.Rashid.Sempat pula si Ibrahim mencapai barang saya(nak tolong angkat).Hai,kurang sedikit beban walaupun terasa malu.

Dalam LRT,orang ramai mula perhatikan kita berdua.Yelah,mungkin mereka jarang nampak mat salleh yang beragama Islam.

Sampai rumah,cepat-cepat tukar baju,bersiap untuk pergi ke Masjid Al-Falah.

Sampai masjid,solat Asar dah tamat.hmm..solat sendirilah nampaknya.Dalam jam 6:00 ptg,Ust Saripi Rawi sampai.Hidangkan sedikit juadah untuk dia,kemudian saya sambung rehat di dalam bilik kaunseling(penat!!).

Lepas Maghrib,seperti biasa,Saya akan mengutip derma dari pelajar yang duduk dalam kelas Ustaz Saripi yang sedang menyampaikan sebuah cerita daripada kitab Riyadhus Solihin(Taman Orang Solih).Biasanya,selepas mengutip derma,saya terus keluar.Kerana kali ini penyampaian agak menarik,saya sempat duduk.Para pembaca mungkin tahu kisah Juraij yang tidak menjawab panggilan ibunya kerana sedang bersolat sunat.Kisah itulah yang disampaikan sebentar tadi.

Lepas Isya',saya berjumpa Pak Yahya.Dia minta saya buatkan Tahlil pada malam hari raya,Ahad ini.Tahlil je,Yasin takde.Ok lah tu.Kalau dengan Surah Yasin,berat juga.

Nampaknya banyak persediaan yang harus saya lakukan untuk mlm raya dan pagi raya.Esok pula ada taklimat Korban di Masjid Al-Iman pada jam 8:30 pagi untuk para petugas.Saya bertugas sebagai pemanggil nama dan takbir.Malam raya pula kena baca tahlil.Ok lah tu.Semoga semuanay berjalan lancar.Saya harap tragedi yang menimpa saya tidak akan berulang lagi untuk Hari Raya kali ini.Amin.

Wassalaam

Tamat dikemaskini



Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Dibawah ini adalah teks yang saya petik dari Berita Harian.Tak ingat pula bila saya ambil.
Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.



MASALAH BAHASA

BEZA BAHASA MELAYU DAN INDONESIA

Oleh
Dr Liaw Yock Fang

PERBEZAAN bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang paling besar ialah kosa katanya.

Indonesia pernah dijajah oleh Belanda selama 300 tahu. Sekolah-sekolah bahasa Belanda didirikan untuk melatih orang Indonesia mengisi jabatan rendah di dalam pemerntahan.

Lama-kelamaan lahirlah golongan elit yang terdidik dalam bahasa Belanda.

Sesudah Indonesia mencapai kemerdekaannya pada 1945, golongan ini juga yang memimpin Indonesia. Kerana itu banyak kosa kata Belanda diserap di dalam bahasa Indonesia. Istilah internasional juga diambil melalui bahasa Belanda.

Menurut Sarjana Belanda, CD Grijns l (1983) dalam bukunya European Loanwords In Indonesia, dalam bahasa Belanda terdapat 5,400 kata serapan Belanda. Banyak di antara kata-kata ini sudah sebati dengan bahasa Indonesia dan tidak terasa asing lagi.

Antara kata-kata ini ialah: akur (setuju), amplop (sampul surat), antre (beratur), artis (seniman), arts (dokter) asbak (tempat rokok), bagasi (beg), bak (tempat sampah), ban (tair) baskom (tempat air cuci muka), beker (jam yang berbunyi), bengkel (tempat membaiki kereta), bioskop (pawagam), dinas (khidmat), dah (selamat tinggal) duana (kastam), handuk (tuala), hem (kemeja), mobil (kereta) om (pak cik), potlot (pensel), seperai (kain cadar), setir (kemudi), sopir (pemandu), sus (kakak) dan talpak (kain penutup meja).

Menurut sarjana Belanda, kakus dipakai pada zaman VOC abad ke 17 dulu. Sekarang kata ini tidak dipakai lagi.

Yang masih terasa asing juga banyak, antaranya advokat (peguam bela), akta (sijil), andil(saham), angket (tinjauan), apotek (kedai ubat), asprak (janji), atrek (mundur) dan belasting (cukai).

Kata-kata international juga diserap melalui bahasa Belanda kemudian masuk ke dalam bahasa Melayu. Itulah sebabnya reformation menjadi reformasi dan bukan reformasyen kerana kata asalnya ialah reformatie dalam bahasa Belanda.

Pendeknya semua kata Belanda yang berakhiran tie atau sie menjadi si dalam bahasa Indonesia. Sekadar beberapa contoh: aksi (action) - actie; ambisi (ambition) - ambitie, alokasi (allocation) - allocatie, delegasi (delegation) - delegatie, demonstrasi (demonstration) - demonstratie), epedisi (epidition) - informasti (information) - informatie.

Tadi sudah disebut bahawa dalam kajian Grijns 1983 itu terdapat 5,400 buah kata serapan Belanda tapi kata serapan Inggeris hanya 670 buah saja. Keadaan ini mulai berubah sejak berlakunya ejaan baru yang dipakai di Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972.

Dengan terbentuknya Majlis Bahasa Melayu-Indonesia (Mabim), sekarang Majlis Bahasa Melayu-Indonesia-Brunei (Mabimb), pengaruh bahasa Inggeris makin kuat.

Kata-kata asing yang di-Indonesiakan ini juga merupakan bahasa Inggeris.

Menurut Sarjana Belanda, NA. Teeuw (1991), pada tahun 90-an pengaruh Inggeris makin besar. Dalam Pedoman Pengindonesiaan Nama Dan Kata Asing (baca Inggeris), kata serapan Belanda sedikit sekali.

Kendatipun demikian, bahasa Belanda telah meninggalkan kesannya pada bahasa Indonesia.

Untuk menyatakan waktu, bahasa Indonesia mengikut cara Belanda.

'Jam berapa sekarang? 2.30 (dua tiga puluh).' Dalam bahasa Indonesia adalah 'setengah tiga,' kerana bahasa Belanda adalah 'half twee'.

Demikian juga 6.30 adalah 'setengah tujuh', kerana ikut bahasa Belanda 'half zeven'.

Kalau kita menyebut 'enam setengah' pasti menimbulkan kebingungan pada orang Indonesia yang mendengarnya.

Mengingat banyaknya pelancong Indonesia yang berkunjung ke Singapura setiap hari dan saluran Sensasi juga sering menayang filem Indonesia, pasti banyak manfaat yang dapat diperoleh kalau kita perhatikan perbezaan bahasa Melayu dan Indonesia.

Tamat dikemaskini


Thursday, December 4, 2008

04 Disember 2008


Azan dah berkumandang(di Masjid Anggullia),baru nak bangun tidur.Nasib baik qamatnya 1/2 jam selepas azan.Sempat bersihkan diri.

Selepas Solat,duduk halqah Ta'lim.Lepas tu ada bayan Subh oleh Cikgu Zulkarnain,mantan guru Madrasah Arabiah.

Dapat dengar juga cerita-cerita menarik daripada jemaah yang baru pulang daripada IPB(India ,Pakistan dan Bangladesh) selama 4 Bulan,lebih2 lagi dari bapa sendiri.

Jam 8:00 pagi baru pulang selepas sarapan.Terasa mengantuk sangat.Terlarat ke nak pergi mengajar di Choa Chu Kang pada jam 10:30 pg nanti?.Gagahkan diri sahajalah.

Dah sampai LRT Keat Hong,jalan dah tak seimbang(ngantuk punya pasal).Beli Red Bull setin.Semoga Allah s.w.t. beri kekuatan.Alhamdulillah,berkat doa,dapat juga bertahan hingga selesai mengajar.

Zohor di Masjid Al-Iman.Bapa terlambat,tiada motor.Terpaksalah dia naik LRT.Haha...kesian.Yelah kalau dah biasa naik motor,manalah dia nak naik LRT.

Hari ini ana ganti imam lagi.Kali ini saya bawa surah sama yang saya tersasul,tetapi,Alhamdulillah,sebaliknya yang terjadi.

Watu malam,banyak berkongsi cerita2 yang membakar semangat untuk terus berdakwah hingga ke waktu ini.



Hingga berjumpa di Lain kesempatan.
Wassalaam.

Tamat dikemaskini


Wednesday, December 3, 2008

Pulang ke pangkuan keluarga.






Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Hari ini saya update post awal sikit sebab semalam tak sempat.


Kisah Semalam(02 Dis)
Semalam saya kena ganti seseorang untuk menjadi imam di Masjid Al-Falah.Ingatkan nak jumpa Ustaz Yusri,keluarlah awal sikit.Sempat mesej jemaah Tabligh Al-Iman saya tak dapat turun Jaulah kedua mereka yang diadakan setiap hari Selasa.Apabila saya sampai Masjid Al-Falah,saya dapati Ustaz Yusri tak ada di ofis.Rupanya MC 3 hari.Tiba-tiba saya terhidu sesuatu.Seperti bau carpet baru.Saya dapati bahawa Masjid Al-Falah telah menukar carpet kawasan iktikaf.Warna hijau lumut.Seperti di Masjid Angullia.

Lepas Maghrib saya terserempak Khairul Anwar,seorang pelajar Irsyad yang mendapat kedudukan kedua dalam STE 2008.Katanya ingin sertai program belia di Al-Falah.Berbual sekejap dengannya hingga masuk waktu Isya'.


Manusia semua tidak pernah lari daripada kesilapan.Tersasul semasa membaca surah.Panik sekejap.Saya terus melompat kepada ayat seterusnya.

Lepas Isya' saya sempat bertemu dengan Ustaz Yousef Abdul Rahim,YDO Masjid Al-Falah.Kita berbual sampai jam 9:00 mlm.Berbual tentang apa?.Tentang belialah!apa lagi?.

Dah pulang,saya terus bersiap untuk pergi ke Masjid Anggulia.Iktikaf disana.Bapa saya dan jemaahnya sudah pulang sejak Isnin lalu,01 Disember.

Alhamdulillah,Allah S.w.t telah memudahkan perjalanan mereka selama 4 Bulan di India,Pakistan dan Bangladesh.Hari ini mereka akan kembali ke pangkuan keluarga.

Semoga Allah s.w.t memberi hidayatnya kepada seluruh alam.Amin

Tamat dikemaskini




Kata-kata hikmah

أَلاَ كُلُّ شَيْئٍ مَا خَلاَ اللهَ بَاطِلٌ

وَكُلُّ نَعِيْمٍ لاَ مَحَالَةَ زَائِلُ

Kenal-kenal

Muslim Bin Amad
19 Thn
Madrasah Wak Tanjong(2008-Present)
Madrasah Al-Irsyad(1997-2007)
Madrasah Masjid Al-Firdaus(1995-1997)

Chattie



1-2-3-4....

Free Site Counters
Berapa banyak dah...


Ayman Al-Iman on Facebook

Terima kasih keatas:

Designer : CHER
Basecode : SpeechLess