<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2315232371313894763?origin\x3dhttp://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday, November 15, 2008

Apa khabar semua??

Sihat??

dah lama tak update blog.....banyak juga nak diceritakan.

Semalam,14 November,tak ke sekolah sebab sakit.
Hari itu sepatutnya kena hadir kerana itulah hari dimana akan diketahui sama ada saya akan naik Pra-U 2 atau tidak.

Jadi,dalam pukul tiga gitu,saya telefon Jafni,tanya dia tentang keputusan saya.Alhamdulillah,dapat naik ke Pra-U 2.Susah juga peperiksaan yang telah saya lalui kalau hendak dibandingkan zaman-zaman di Irsyad.

Dalam pukul empat setengah,sempat juga chat dengan Ustaz Alaina.Saya beritahu Ustaz yang saya dapat naik kelas.Beliau beritahu bahawa beliau ada pertandingan bola sepak,dengan Madrasah Arabiah.Disebabkan saya taknak persiapannya untuk bermain bola sepak,saya lekas-lekas habiskan chatting.

Macam biasa,setiap Jumaat,saya akan ke Masjid Al-Falah untuk bertugas sebagai seorang Muazzin pada waktu Maghrib dan Isya'.Perjalanan taklah jauh sangat,satu bas sahaja,190.

Sekarang,waktu Maghrib pun dah awal,sebelum jam 7 malam,jadi,kenalah keluar awal sikit,5:30 ptg gitu.Tapi tadi keluar awal sikit,jam 5:00.

Sampai sahaja di pintu masjid,saya dijemput dengan wangian yang datang dari kedai kecil minyak wangi yang terletak betul2 sebelah pintu utama masjid.Dahulu yang jaga orang lain,sekarang orang lain pula.Sempat juga menyapa Bai karipap yang tengah duduk tunngu pelanggan di tempat duduk yang berjauhan sedikit dari pintu masjid.Tak sempat nak singgah.

Masuk je masjid,nampak Ustaz Yusri tengah berbual dengan orang.Biasalah,kalau ada je Ustaz,ramai orang serbu nak tanya tulah,nak tanya nilah.Apatah lagi kalau Ustaz tu seorang kaunselor,lagilah orang serbu.dahlah kaunselor,Naib Kadi lagi.Hmm..betapa beratnya tanggungjawab dia.

Masuk sekejap office Al-Falah.Pak Yahya(CEO masjid),Abg Yazid(tak pernah tau apa pangkat dia),Ustaz Yusri(Imam Eksekutif masjid,Naib Kadi Singapura) dan Ustaz Yousef(Youth Developement Officer) semua tengah buat kerja sendiri.Setelah bersalaman dengan mereka semua,saya pun mula dikacau oleh mereka,yalah,kerana saya dah jadi Muazin Muda,asyik kena perli sahaja,lagi2 bab masjid2 ni.Mereka beritahu saya yang semasa mereka menyertai program apa entah,mereka nampak muka saya.Mereka beritahu yang saya promote Al-Iman.Yalah,dah masjid tu dekat dengan rumah saya,mestilah promote!.

Dah penat mereka goreng saya,pak Yahya panggil saya.Macam biasa juga,tentang kutipan derma.Saya juga ditugaskan untuk mengutip derma semasa kelas Ustaz Saripi yang berlangsung setiap Jumaat.Lepas tu dia hulur dua keping karipap Bai.

Dengan karipap di tangan dan ditemani Ustaz Yousef,saya bersantap dengan beliau di Pantry masjid yang terletak dibelakang masjid.

Makan punya makan,dah nak masuk waktu Maghrib.Ambil wudhu kemudian bersiap sedia unutk melaungkan azan.

Tup-tup dah habis solat isya'.Saya lari selepas habis solat sebab dah tak tahan nak terbuang,mungkin disebabkan cili karipap yang pedas.

Macam biasa juga,tunggu orang habis solat kemudian tutup masjid lepas tu balik dengan Hj Shamsuddin Bin Ali,dikenali dengan Pak Din yang merupakan teman lama arwah datuk saya.

Samapi rumah,relax sekejap,Buka Komputer dan kemaskinikan blog.

Tamat dikemaskini




Kata-kata hikmah

أَلاَ كُلُّ شَيْئٍ مَا خَلاَ اللهَ بَاطِلٌ

وَكُلُّ نَعِيْمٍ لاَ مَحَالَةَ زَائِلُ

Kenal-kenal

Muslim Bin Amad
19 Thn
Madrasah Wak Tanjong(2008-Present)
Madrasah Al-Irsyad(1997-2007)
Madrasah Masjid Al-Firdaus(1995-1997)

Chattie



1-2-3-4....

Free Site Counters
Berapa banyak dah...


Ayman Al-Iman on Facebook

Terima kasih keatas:

Designer : CHER
Basecode : SpeechLess