Friday, November 28, 2008
                                               Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya semua!!!!
Ini cuma hari raya kecil kerana pada hari inilah Semua lelaki Islama akan berkumpul di masjid-masjid untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama.
Tajuk Khutbah hari ini amat menarik.Saya berada di Masjid Al-Iman ketika itu dan penyampai khutbah(Kahtib) pada waktu itu adalah Ustaz Kamal Mokhtar,bekas pelajar NUS dan telah belajar di Universiti Islam Madinah.
Topik hari ini ialah tentang Tabligh,salah satu dari empat sifat yang dimiliki oleh setiap nabi dan rasul selain dari Amanah(amanah),Fathaanah(bijaksana) dan Sidq(Jujur).
Telah disebutkan beberapa ayat sebagai dalil.Dalil yang menunjukkan bahawa setiap rasul mesti menyampaikan(mentablighkan) apa yang telah diwahyukan oleh Allah kepada mereka ada di dalam Surah Maidah ayat 67 manakala dalil yang menunjukkan bahawa perkataan yang terbaik ialah tabligh(mengajak orang kepada Allah) ada didalam Surah Fussilat ayat 33-34.
Tabligh sebaik-baiknya dilakukan terhadap keluarga sendiri seperti yang dikatakan oleh khatib dan juga telah dirumuskan oleh Ustaz Yusri dalam salah satu blognya bertajuk Tabligh.Tabligh juga bermacam bentuknya.Memberi galakan,tunjuk ajar kepada perkara-perkara yang baik seperti sedekah,khidmat dan sebagainya adalah bentuk-bentuk Tabligh.
Pada pendapat saya,akhlaq seseorang itu juga merupakan Tabligh.Apa yang ditunjukkan oleh seseorang itu secara zahir secara tidak langsung merupakan satu penyampaian.Contohnya,akhlaq Rasulullah s.a.w merupakan satu Tabligh juga.
Perkara-perkara yang baik yang boleh dicontohi juga merupakan satu Tabligh yang dilakukan.Saya beri satu contoh:Mus'ab,seorang pelajar Irsyad mendapat agregat 260 mata kerana kegigihannya.Secara tidak langsung,ini dapat memberi semangat kepada pelajar lain untuk mencontohi kegigihannya.Kepada ibubapa pula,boleh mereka mengambil contoh dari ibubapa Mus'ab yang telah mendidik anak mereka hingga berjaya.Ini juga bentuk Tabligh.
Itulah yang dapat saya pelajari dari khutbah hari ini.Anda bagaimana pula?.
Selepas khutbah,saya naik sekejap ke tingkat empat kerana saya ingin berjumpa Ustaz Kamal.Tiba-tiba,lif berhenti di tingkat satu.Orang ramai meluru masuk,ingin naik ke tingkat empat.Semuanya orang berpangkat tinggi.Kebanyakan mereka merupakan pengerusi masjid-masjid Singapura.Alamak,segannya.Setelah lif sampai ke tingakat empat,saya tak jadi keluar kerana terlalu segan.Saya terus turun ke tingkat satu.Sempat mencapai bubur ayam yang dibahagi-bahagikan secara percuma.Habis makan,saya ternampak Hj Rashid.Saya tanya dia kalau-kalau dia nampak Ust Kamal atau Haji Alias(muazzin Jumaat).Dia bilang saya Ust sudah pulang.Saya terus menuju ke besmen masjid.Tiba-tiba Ust Kamal panggil saya.Keretanya tidak dapat keluar kerana dihadang oleh lima kereta,dua didepan keretanya dan tiga disebelah kanan keretanya.Sebelah kiri tembok.Hj Alias pula sedang berbual dengan orang lain.Akhirnya,saya,Ust Kamal dan Hj Alias memutuskan untuk naik ke tingkat empat untuk sama-sama dengan VIP,MAKAN!!.
Sampai di bilik mesyuarat di tingkat empat,Ust Kamal terus masuk.Hj Alias tk masuk.Dia beritahu saya dia tidak dapat turut serta.Entah apa sebabnya.Tiba-tiba dia tanya saya kalau ada makanan baki di atas meja.Saya hendap.Tak ada pun.Tiba2 nampak Ust Kamal sedang menyenduk nasi di satu sudut yang jauh.Saya beritahu hj Alias ada lagi makanan.Saya dan Hj Alias pun masuklah.Apa lagi,santaplah Briyani.
Sampai rumah,saya rehat dan keluar lagi.Kali ini nak ke Al-Falah,macam biasa,ada tugas.Tapi melencong sekejap pergi rumah Ramdhan.Nak Ziarah.
Sampai rumah Ramdhan,saya pun duduk,bertanyakan khabar ibunya yang saya dah lama tak jumpa dia semenjak dia duduk di Woodlands,sekarang pindah balik Bukit Panjang.Blok yang sama.
Ramdhan punya hal pulak minta saya ajarkan bagaimana nak cipta blog.Kerana saya telah mempelajari sedikit tentang ilmu ini.Saya pun bantu.Bantu punya bantu,jam menunjukkan 5:30 ptg(dah solat Asar tau!).Saya terpaksa minta diri ingin ke Al-Falah.Takut tterlambat pula.Sebelum pergi,Ramdhan menitipkan saya e-melnya dan kata laluan agar saya dapat sambung terus kerja yang saya perlu lakukan kepada blog barunya itu.
Balik Al-Falah,saya telefon nenek Mahani(ibu kepada bapa saya).Dia minta saya bacakan doa selamat selepas Solat Hari Raya Haji.Saya tolak permintaannya kerana saya ada tugas pada hari tersebut.Saya kata lepas Zohor saya tidak ada apa-apa halangan.Jadi,lepas zohor pada hari raya Haji,saya akan membacakan doa selamat dirumah nenek saya.
Dah berbual,terus menghadap komputer dan buka Blog Ramdhan.Ada masalah.Saya tidak dapat membuka www.cbox.ws.Dia inginkan message box.Sudah berkali-kali cuba tetapi gagal.Akhirnya saya memutuskan untuk mengemaskini blog saya.
Itu sahaja pada hari ini,saya harap apa yang telah saya bincangkan mengenai Tabligh dapat memberi manfaat kepada para pembaca,walaupun sedikit.
Wassalam
                                                Tamat dikemaskini