Saturday, November 29, 2008
                                               Assalamualaikum.
Alhamdulillah,hari ini tak banyak program.Esok yg banyak.
Tadi pagi,saya menghadiri taklimat di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.Banyak juga perkara yang dibincangkan.Semuanya berkenaan keputusan PSLE Madrasah tersebut.Saya dapat lihat kesungguhan mereka,iaitu guru-guru madrasah tersebut dalam lakaran program mereka.Mereka bukan hanya melakarkan program untuk pelajar yang akan menduduki PSLE.Tetapi juga untuk para ibubapa serta guru akademik.Alhamdulillah.Walaupun mereka tidak dapat mencapai benchmark yang telah ditetapkan oleh MOE iaitu sebanyak 171 agregat,tetapi mereka bersungguh-sungguh.
Saya,adik saya dan ibu pulang jam 5:00 petang.Hai...penat sungguh,ditambah dengan pening kepala....Sampai je rumah,terbaring sekejap.
Waktu Isya' saya berada di Masjid Al-Iman.Begitulah,kalau ada masa,tenaga,pergi masjid.habis tu pulang dan kemaskini blog.Saya post petikan dari Berita Harian tentang penjelasan MUIS tentang Yoga.Saya harap ini dapat memberi penyelesaian terhadap apa yang dipertikaikan orang tentang hukum mengamalkan Yoga.
Salaamun minni Ilaikum.
                                                Tamat dikemaskini