Thursday, November 27, 2008
                                               27 November.....
Apa khabar semua...??
Hari ni saya tak banyak program.Lepas Subuh saya tidur sampai sebelum Zohor.Dah lepas Zohor siap2 untuk pergi mengajar Al-Quran.Alhamdulillah,dah dapat sesuaikan diri dengan masa dan keadaan murid yang saya ajar.Tak banyak celoteh.
Lepas mengajar,Singgah Masjid Al-Iman untuk menunaikan Solat Asar.Lepas tu balik cepat2 sebab dah lapar.Keluar rumah tadi belum makan satu benda pun.Sampai rumah lalu rehat.Dalam pukul 6:30 baru makan sebab sebelum tu takde selera nak makan oi!.
Maghrib dan Isya' saya dirumah sahaja.Lepas Isya',saya bertolak ke Masjid Al-iman untuk menghadiri mesyuarat belia masjid tersebut.Mesyuarat untuk melakarkan program untuk belia Al-Iman untuk bulan Disember.
Tahun hadapan,saya mungkin tidak menjadi Exco Belia Al-Iman.Jadi alumni sahaja.
Apapun,hasil mesyuarat tadi,saya diberi tugas untuk menjaga urusan makan dan minum bagi program yang akan datang,Amazing Race.Insya Allah akan berlangsung pada cuti umum Hari Natal(Christmas).Mesyuarat tamat jam 10:50 mlm
Sebelum sampai rumah,singgah kedai beli air sebotol dua.Mak nak minum.Samapi rumah cepat2 kemaskini blog agar tak telajak sampai jam 12(nanti tukar tarikh!!!).
Lagi satu,lawa tak blogskin saya??Sila beri komen.
Wassalam.
                                                Tamat dikemaskini