<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2315232371313894763?origin\x3dhttp://alghamidibukitpanjangi.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, November 26, 2008










Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar semua?

Hari ini(25 November) hari yang tak banyak cerita,mungkin pada waktu malam sahaja.
Macam biasa,pagi-pagi dah bangun.Solat Subuh dan tak keluar kemana-mana.Tidur lagi.
Dalam jam 7 lebih,saya tidur balik.Set alarm pukul 10:00 pagi.Dah siap2 nak pergi mengajar Quran.sempat saya telefon Cikgu Zulkifli,sebab saya dapat panggilan tak terjawab dari Cikgu.Dah lama tak berjumpa,sembang lama juga.

Mula ajar jam 11.00.Habis dalam 5 minit sebelum Zohor.Kerana rumah orang yang saya pergi mengajar tu tak jauh daripada Masjid Al-Khair,apabila saya keluar rumah,azan dari masjid tersebut dapat didengar,walaupun tidak begitu jelas.Alhamdulillah,saya ajak murid saya sekali.

Tiba di masjid,saya meluru ke tempat wudhu.Takut tak sempat nak sertai jemaah.Dah ambil wudhu,saya terus meluru ke sebelah kiri kawasan iktikaf masjid sebelah kiri unutk solat tapi tak jadi sebab ada jenazah disitu.Lepas solat dan wirid,Imam masjid mula mengimami solat Jenazah.Inilah peluang yang datang sekali-sekala dan kalau ada peluang ni,Rebutlah !!

Selesai sahaja solat jenazah,dapat panggilan dari Abg Nor,kawan bapa saya.Dia minta saya agar hadir di Masjid Al-Iman untuk tahlil.Ibu bagi sepupu kawannya telah meninggal dunia dan saya diberitahu yang anak arwah ni tinggal di daerah saya.Lepas saya berbual dengan Abg Nor,En.Khalil,Ahli Tabligh(dikenali dengan istilah Karkun) tanya saya kalau saya nak ikut dia ke Sheng Siong di Ten Mile Junction sebab rumah saya berdekatan dengan tempat tersebut.Seleas bersalaman dengan murid saya,saya pun ikut En.Khalil.

Sampai je rumah,rehat sebentar,lepas itu tolong mak masak sambal.Tolong gaul je..hehe.Tup-tup dah 3:40 ptg,apalagi,kelam kabut siap-siap untuk keluar solat asar di Masjid Al-iman.

Sampai masjid je,dah azan.Angkat wudhu' lepas tu,tunggu waktu solat yang akan bermula.
Dah solat,saya keelakang sekejap,check hp.Tiba2 nampak noja siapkan makan.Agaknya makan untuk tahlillah tu.Saya pun jumpa En Abul Hasan,orang yang Abg Nor suruh saya cari selepas solat asar,kerana ibu bagi sepupunya yang meninggal dunia.Dia pun panggil sepupunya.Tiba2 sepupunya tu tanya khabar saya dan kemudian sebut nama saya.Aik,dia kenal nama saya??.Rupanya itu adalah adik kepada pakcik saya dan pakcik saya ini merupakan adik ipar bapa saya.Mungkin kerana wajahnya yang sudah berubah.Saya cuba mengagak namanya dan ternyata sangkaan saya tepat.Serkap jarang je....Sesudah tu saya ambil alamatnya.Boleh juga saya berkunjung ke rumahnya yang amat dekat dengan blok rumah saya.

Selepas bersembang dengan En.Abul Hasan seorang karkun di Darussalam,Say terus ke Al-Falah.Dalam perjalanan,terserempak Nurhidayah,kerani Al-Iman.berceloteh sampai bas 190 sampai.

sampai sahaja di Al-falah,jumpa Pak Yahya.Dia beri saya duit Habuan bagi amil yang mesti saya terima.Alhamdulillah,dapat belanja untuk keluarga sikit.Nak dekat waktu Maghrib ni.terserempak Syahidah Amran,juga dikenali sebagai Shasha,pakai baju merah silat.Pangkat tinggi agaknya.Lain semua hitam.Hari selasa memang begitu,ada kelas latihan silat.

Selepas Maghrib,saya jumpa Abg Atiq yang juga bersolat di situ.Apa lagi,berbual panjanglah.Ada topik yang menarik dia sentuh,tentang belajar diluar negara.

Apa yang Abg Atiq nasihat saya:Muslim,belajar betul-betul tahun depan.Nak pergi negeri di Timur Tengah mesti ada sijil pre-u di Madrasah,syahaadah 'Aaliyah.Muslim,beri nasihat kepada pelajar Irsyad akan datang yang ingin sambung belajar di Timur Tengah,lebih-lebih lagi Universiti Al-Azhar El-Shariff atau Universiti Islam Madinah untuk sambung pelajaran mereka di Madrasah Wak Tanjong atau Al-Junied.Jangan jejak Malaysia.Abang tak nafikan yang Universiti yang abang masuk ni boleh memupuk bakat kepeimpinan dan sebagainya tetapi kalau yang nak ke universiti Timur Tengah yang tadi abang dah cakap tu,jangan pergi sambung pelajaran di Malaysia.Nasib Abang tak baik.Kalau abang apply pun dengan sijil Diploma yang abang ada,belum tentu abang boleh dapat.Klau dapat pun masuk tahun 1.Ini sebab Malaysia dah tidak ada Link atau Mu'aadalah dengan Azhar.


saya betul-betul berterimakasih dengan Abg Atiq.Dia akan menjawab panggilan Perkhidmatan Negara tidak lama lagi.Terima kasih Abg Atiq.Bagi pembaca dikalangan pelajar Menengah 5 2008 di Irsyad dan pelajar lain.Fikirlah sebelum sambung pelajaran anda di Malaysia jika anda ingin lanjutkan pelajaran di Timur Tengah kelak.Fikirkan........

Tamat dikemaskini




Kata-kata hikmah

أَلاَ كُلُّ شَيْئٍ مَا خَلاَ اللهَ بَاطِلٌ

وَكُلُّ نَعِيْمٍ لاَ مَحَالَةَ زَائِلُ

Kenal-kenal

Muslim Bin Amad
19 Thn
Madrasah Wak Tanjong(2008-Present)
Madrasah Al-Irsyad(1997-2007)
Madrasah Masjid Al-Firdaus(1995-1997)

Chattie



1-2-3-4....

Free Site Counters
Berapa banyak dah...


Ayman Al-Iman on Facebook

Terima kasih keatas:

Designer : CHER
Basecode : SpeechLess